WASIAT DALAM ISLAM

PENGENALAN

Wasiat Dalam Islam sering disalah-ertikan. Ramai dalam kalangan kita menganggap wasiat adalah sesuatu yang tidak penting kerana Faraid sudah ada.

Ini kerana rata-ratanya berpandangan pembahagian harta pusaka adalah terhad untuk waris-waris dan dibahagi melalui kaedah Faraid sahaja.

(1) Apa kaitan antara Wasiat dan Faraid? Kenapa perlukan wasiat sedangkan sudah ada hukum faraid? SIla lihat https://wasiatdigital.com/wasiat-dan-faraid/

(2) Dan mengapa pula perlu Hibah bila sudah ada Wasiat dan Faraid? Sila baca penjelasan ringkas di https://wasiatdigital.com/hibah-hartanah-kan-dah-ada-wasiat/

DEFINISI RINGKAS

Wasiat dalam islam sebenarnya adalah ikrar atau pengakuan seseorang untuk menyempurnakan pengagihan harta selepas kematian kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka.

Kadar harta yang boleh diwasiatkan adalah sebanyak satu pertiga daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan.

Manakala, dua pertiga daripada harta pewasiat adalah merupakan hak ahli waris untuk dibahagikan secara faraid.

HUKUM WASIAT DALAM ISLAM

Wasiat dalam Islam.

Walaupun hukum berwasiat merupakan satu perbuatan sunat yang digalakkan, namun hukum berwasiat juga boleh berubah mengikut situasi seperti berikut:

1. WAJIB

Wasiat dalam islam menjadi wajib apabila seseorang mempunyai tanggungjawab yang perlu ditunaikan terutama yang berbentuk ‘hak ALLAH’ seperti zakat, kafarah dan haji yang dibimbangi tidak dapat ditunaikan sekiranya tidak diwasiatkan kepada seseorang untuk melaksanakannya.

Begitu juga tanggungjawab berkaitan hak manusia seperti mempunyai harta yang diamanahkan kepadanya dan hutang yang belum diselesaikan.

2. HARAM

Wasiat dalam islam menjadi haram apabila seseorang mewasiatkan sesuatu perkara yang diharamkan oleh syarak atau bertujuan untuk memudaratkan ahli waris.

3. HARUS

Wasiat dalam islam menjadi harus jika dibuat kepada orang kaya sama ada daripada kaum kerabat atau mana-mana pihak dengan tidak mempunyai tujuan tertentu.

Jika wasiat itu bertujuan untuk melakukan kebajikan dan menghubungkan tali silaturahim, maka ia menjadi sunat.

4. MAKRUH

Wasiat dalam islam menjadi makruh jika pewasiat mempunyai harta yang sedikit namun pada masa yang sama mempunyai waris yang miskin yang sangat memerlukan harta.

Demikian juga adalah tidak wajar memberikan wasiat kepada orang fasik atau orang yang sering melakukan maksiat kerana dibimbangi pemberian wasiat itu akan meningkatkan lagi kecenderungannya untuk melakukan maksiat.

Nota wasiatdigital.com: PERSOALAN SETERUSNYA YANG SERING DIAJUKAN:

(1) Bolehkah berwasiat kepada waris faraid? Jika boleh, bagaimana dengan kadar pembahagiannya, bolehkah dengan kadar sama rata atau tidak mengikut kadar seperti di dalam hukum faraid? Sila rujuk https://wasiatdigital.com/wasiat-kepada-waris/

(2) Siapa yang perlu wasiat? Walaupun wasiat penting untuk setiap orang ada golongan yang perlu memikirkannya dengan lebih serius dari yang lain. Sila lihat https://wasiatdigital.com/siapa-lebih-perlu-wasiat/

(3) Jenis wasiat baru di era digital – Kita tidak boleh lari daripada kewujudan wasiat alaf baru iaitu wasia digital https://wasiatdigital.com/wasiat-digital-malaysia/

KREDIT: BUKU KARANGAN USTAZ INDERA SHAHRIL MOHD SHAHID, PENGARAH BAITULMAL – MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai WASIAT, HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN

Sebarang pertanyaan lanjut sila WhatsApp 019-218 6132 atau email ruby.vantagepoint@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top