SOLUSI AMANAH DALAM PERANCANGAN HARTA PUSAKA

PENGENALAN

Solusi Amanah dalam perancangan harta pusaka tidak kurang pentingnya dengan Wasiat, Hibah dan Harta Sepencarian.

Harta Amanah membolehkan kita menyediakan sumber kewangan segera kepada waris-waris dan benefisiari lainnya, kerana bila kematian berlaku harta pusaka akan beku yang mana akan mengambil masa daripada 6 bulan hingga lebih 1 tahun sebelum boleh digunakan.

MENGAPA HARTA AMANAH BOLEH DIAKSES DENGAN SEGERA

Solusi Amanah dalam perancangan harta pusaka boleh diakses dengan segera kerana Geran Probet atau Surat Kuasa Mentadbir tidak diperlukan untuk tujuan pentadbiran dan pengagihan.

Harta Amanah tersebut akan ditadbir mengikut terma- terma yang terkandung di dalam Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) yang telah dipersetujui bersama di antara Pemberi dan penerima Harta Amanah.

APA ITU SURAT IKATAN AMANAH (TRUST DEED)

Surat Ikatan Amanah secara ringkasnya adalah dokumen undang-undang yang dimeterai antara Settlor (pemilik harta) dengan Pemegang Amanah (trustee) mengenai cara sesuatu harta perlu diuruskan untuk manfaat Penerima Amanah.

CONTOH KEGUNAAN HARTA AMANAH

  1. Manfaat untuk anak bawah umur yang belum layak memiliki harta dari segi undang-undang
  2. Penyediaan dana untuk proses penyelesaian harta pusaka contohnya pembayaran fi pentadbir harta pusaka, dana segera penyelesaian hutang si mati dan kos perletakan hak harta kepada waris atau benefisiari lainnya
  3. Peruntukan dana untuk waris-waris dan benefisiari yang memerlukan sumber kewangan segera.

APAKAH PERLU MEMPERUNTUKKAN DANA PENYELESAIAN HUTANG

Sila lihat pautan berikut untuk penjelasan lanjut mengenai tabung amanah untuk penyesaian hutang https://wasiatdigital.com/tabung-amanah-untuk-wasiat-hutang

SIAPA PERLU AKAUN AMANAH

KESIMPULAN

Amanah (Trust) mempunya kelebihan dan keunikan tersendiri terhadap pelbagai isu yang timbul dalam pentadbiran harta pusaka di Malaysia. Pelaksanaan Amanah (Trust) dapat menjadi satu alternatif kepada perancangan harta pusaka sedia ada seperti Faraid, Wasiat, Hibah, Wakaf dan Takaful. Melalui pelaksanaan Amanah (Trust) ini, pemilikan sesuatu harta dapat dirancang pada peringkat awal untuk manfaat benefisiari yang akan ditinggalkan. Rujuk Analisis Keperluan Instrumen Amanah – UKM Journal Article Repository http://journalarticle.ukm.my/21966/1/Akademika%2011.pdf

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai WASIAT, HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN

Sebarang pertanyaan lanjut sila WhatsApp 019-218 6132 atau email ruby.vantagepoint@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top