PERLINDUNGAN KANSER DARI TAHAP AWAL

PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan Perlindungan Kanser Dari Tahap Awal? Mengapa ia berkaitan dengan topik perancangan kewangan?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu faham maksud kanser peringkat awal (early-stage cancer) terlebih dahulu – terma yang digunakan untuk menjelaskan kanser yang masih belum merebak kepada bahagian lain badan. Nota: Definisi adalah berbeza mengikut jenis-jenis kanser.

Penentuan tahap kanser selalunya melibatkan x-ray, ujian makmal dan pelbagai prosedur lain

TAHAP-TAHAP KANSER

Carta di bawah dan https://www.cancer.gov/about-cancer/diagnosis-staging/staging memperincikan tahap-tahap kanser dari peringkat awal dan seterusnya.

STAGEWHAT IT MEANS
Stage 0Abnormal cells are present but have not spread to nearby tissue. Also called carcinoma in situ, or CIS. CIS is not cancer, but it may become cancer.
Stage I, Stage II, and Stage III (may also be written as Stage 1, Stage 2, and Stage 3)Cancer is present. The higher the number, the larger the cancer tumor and the more it has spread into nearby tissues.
Stage IV (may also be written as Stage 4)The cancer has spread to distant parts of the body.
JADUAL TAHAP KANSER DAN DEFINISI RINGKAS

PERLINDUNGAN KANSER DARI SEGI PERANCANGAN KEWANGAN

Perlindungan kanser memerlukan penyediaan dana supaya kos rawatan tidak menganggu perancangan kewangan untuk tujuan lainnya. Dana boleh disediakan dalam bentuk tunai, produk amanah atau produk insuran/ takaful.

TUNAI – Sejumlah wang boleh disimpan di dalam instrumen kewangan dengan tahap risiko rendah atau sederhana atau,

PRODUK AMANAH – Sejumlah tunai boleh diamanahkan kepada Syarikat Amanah (Trustee Company) dengan Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) yang mengandungi arahan-arahan tertentu atau,

PRODUK INSURANS DAN TAKAFUL – Jika produk insuran digunakan, anda tidak semestinya mempunyai jumlah tunai yang banyak tetapi hanya perlu mencarum secara berkala dengan jumlah yang anda mampu.

Dan kita perlu faham bahawa tidak semua pelan insurans yang berkaitan kanser dan/ atau penyakit kritikal akan memberi perlindungan untuk kanser peringkat awal (early-stage cancer). 

Jadi adalah penting pelan yang dipilih mempunyai ciri-ciri perlindungan kanser komprehensif.

MENGAPA PERLINDUNGAN KANSER DARI PERINGKAT AWAL PENTING

Tidak dinafikan, penyakit kanser merupakan sesuatu yang menakutkan dan sering dikaitkan dengan kematian. 

Namun begitu, kemajuan dalam bidang perubatan membolehkan kanser dikesan dari peringkat awal. Statistik menunjukkan yang hampir 5 juta pesakit kanser boleh bertahan hidup lebih lama dengan mendapatkan rawatan jika kanser mereka dikesan awal.

Dan mereka juga tidak perlu melalui rawatan yang ekstensif bermakna kos rawatan kanser juga dapat dikurangkan.

PRODUK INSURAN/ TAKAFUL DENGAN PERLINDUNGAN KANSER KOMPREHENSIF

Sekiranya menggunakan pelan insuran/ takaful, anda perlu pastikan yang pelan dipilih merangkumi perlindungan jika kanser tahap awal merebak ke tahap seterusnya.

Pelan sebegini selalunya menyediakan perlindungan komprehensif untuk (1) Kanser dan (2) Kanser Peringkat Awal dengan ciri-ciri tambahan seperti: (a) Ganjaran Pemulihan (b) Faedah Set Semula (Reset) Amaun Perlindungan (c) Pendapatan Pemulihan Lanjutan dan (d) Faedah Belas Kasihan.

FAEDAH SEMASA KANSER PERINGKAT AWAL
  1. Faedah Kanser Peringkat Awal – Anda akan menerima pembayaran dalam jumlah tertentu untuk membiayai proses rawatan kanser peringkat awal seperti:
    • Karsinoma In-situ (carcinoma in-situ)
    • Kanser Prostat Awal (early prostate cancer)
    • Kanser Tiroid Awal (early thyroid cancer)
    • Kanser Pundi Kencing Awal (early bladder cancer)
    • Leukemia Limfositik Kronik Awal (Early Chronic Lymphocytic Leukaemia)
  2. Ganjaran Pemulihan (Recovery Reward) – Apabila keperluan gaya hidup anda berubah selepas diagnosis kanser peringkat awal, Ganjaran Pemulihan akan dibayar untuk membantu anda dalam proses pemulihan semasa tempoh tahun kritikal yang pertama
  3. Faedah Set Semula (Reset) – Selepas jangkamasa tertentu, amaun perlindungan akan kembali kepada jumlah asal sama seperti sebelum tuntutan. Ini membolehkan anda menikmati perlindungan penuh terhadap jenis kanser lainnya untuk baki tempoh perlindungan walaupun pembayaran faedah sudah dilakukan sebelum ini.
FAEDAH SEKIRANYA DIDIAGNOSIS DENGAN KANSER TAHAP SELANJUTNYA
  1. Faedah Kanser – Anda akan menerima pembayaran sekaligus sebanyak 100% daripada amaun asal perlindungan
  2. Pendapatan Pemulihan Lanjutan (Extended Recovery Income) – Selain itu, anda juga akan menerima bayaran tahunan sebanyak 10% daripada amaun perlindungan untuk 5 tahun berturut-turut untuk membantu anda menjalani proses pemulihan.
FAEDAH-FAEDAH LAIN YANG KITA PERLU TAHU
  • Caruman yang dibayar untuk pelan ini boleh melayakkan anda mendapat pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
  • Anda mempunyai opsyen untuk menambah pelan Hibah Takaful untuk waris dan benefisiari lainnya seperti penjelasan di pautan berikut https://wasiatdigital.com/hibah-dan-amanah-ekspres/

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai WASIAT, HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN

Sebarang pertanyaan lanjut sila WhatsApp 019-218 6132 atau email ruby.vantagepoint@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top