PENGENALAN
Pendigitalan insurans dan takaful amat penting dalam usaha menambahkan keupayaan rakyat untuk mendapatkan perlindungan.
Walaubagaimanapun, keberkesanannya akan bergantung kepada banyak faktor-faktor lain.
Jadi, perbincangan disini akan berfokus mengenai faktor-faktor penyumbang keberkesanan teknologi digital kepada generasi z, komuniti luar bandar dan juga perusahaan kecil dan sederhana.
GENERASI Z
Pendigitalan insurans dan takaful amat penting untuk generasi Z.
Ini adalah kerana generasi yang tidak boleh dipisahkan dengan media sosial dan peranti pintar ini membuatkan produk tradisional tidak seiring dengan gaya hidup mereka.
Tambahan pula, generasi ini lebih mengutamakan penyelesaian yang cepat dan hampir segera kepada persoalan atau masalah yang mereka ada.
Dan mereka juga lebih berminat dengan cara komunikasi bertulis seperti Whatsapp dibandingkan dengan perjumpaan bersemuka atau secara panggilan telefon.
KOMUNITI LUAR BANDAR
Pendigitalan insurans dan takaful untuk komuniti ini adalah lebih mencabar.
Ini kerana jurang keupayaan digital yang disebabkan oleh infrastruktur digital yang tidak mencukupi seperti internet kelajuan tinggi dan peranti pintar menghadkan akses terus kepada produk dalam talian.
Walaupun jika saluran alternatif tersedia untuk proses pendaftaran kemungkinan besar akan ada kekangan yang lain seperti kemampuan membayar premium (renewals) yang perlu dilakukan berterusan.
BERPENDAPATAN RENDAH
Segmen pasaran ini berkemungkinan mempunyai pengetahuan dan/ atau kesedaran yang minimal tentang kepentingan insurans dan takaful.
Jenis perkerjaan mereka dimana masa berkerja adalah tidak menentu memberikan cabaran tambahan untuk komunikasi efektif memberikan kesedaran kepentingan perlindungan.
Pendigitalan insurans dan takaful diharapkan dapat membantu mereka mendapatkan maklumat pada masa yang sesuai untuk mereka walaupun di luar waktu pejabat.
Namun begitu akan masih ada kekangan dari segi penerimaan kepentingan penggunaan pendapatan mereka untuk perlindungan insurans dan takaful dibandingkan dengan keperluan harian seperti makanan, perumahan dan pengangkutan yang lebih mendesak.
PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
Menambahkan tahap penerimaan perlindungan di kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) mungkin akan menjadi lebih mencabar daripada mencapai pengguna individu.
Mereka selalunya lebih sukar didekati dan lebih sensitif kepada kos pembayaran premium. Ini menjadikan perlindungan untuk kakitangan kurang penting dibandingkan dengan perbelanjaan operasi perniagaan yang lebih mencabar.
KESIMPULAN
Di tengah-tengah perbincangan berkenaan harapan terhadap keupayaan dan kapasiti Digital Insurers and Takaful Operators (DITO) https://takafuldigital-com.preview-domain.com/insurans-dan-takaful-digital-dito/ untuk merapatkan jurang perlindungan antara masyarakat, pengenalan teknologi digital pastinya akan menyumbang terhadap evolusi insurans dan takaful:
- Menjadikan insurans dan takaful lebih mampu milik
- Pendigitalan yang befokus pada pemberian maklumat, pengetahuan dan pembekalan produk bersesuaian pada pelanggan pada masa yang sesuai
- Melengkapi produk sedia ada untuk memberikan pelanggan dengan lebih pilihan
- Menangani cabaran di mana pelanggan akan hilang minat selepas 3 – 5 minit melayari maklumat berkenaan insuran dalam talian
PENUTUP
With BNM’s announcement regarding updates on DITO licenses and the goal to finalize the framework in the first half of 2024, it’s exciting to anticipate the finalized DITO policy and how it will enable new players to solve the challenges, thrive, and ultimately benefiting Malaysian.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai WASIAT, HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
Sebarang pertanyaan lanjut sila WhatsApp 019-218 6132 atau email ruby.vantagepoint@gmail.com