PENGENALAN HIBAH
Sebelum kita membincangkan mengenai Hibah Hartanah dan Hibah Takaful ada baiknya kita fahami dahulu apa itu hibah dan contoh konsep penggunaanya.
Pada yang tidak mengetahui apa itu hibah, ianya bermaksud pemberian sesuatu harta atau aset kepada seseorang yang dikehendaki pada masa masih hidup dan tanpa mengharapkan sebarang balasan.
DEFINISI HIBAH HARTANAH DAN HIBAH TAKAFUL
- Hibah Hartanah – Adalah melibatkan aset rumah/ tanah di mana dokumentasi hibah dilakukan semasa pemberi hibah masih hidup dan pelaksanaan pindah milik (pertukaran nama atas geran) akan dilakukan selepas pemberi hibah meninggal dunia.
- Hibah Takaful – Adalah melibatkan aset dalam bentuk sijil takaful di mana sekiranya pencarum takaful meninggal dunia, penama yang dilantik oleh pemberi hibah takaful akan mendapat pampasan manfaat pelan takaful tersebut sebagai benefisiari dan bukannya sebagai pentadbir.
HIBAH SEBAGAI INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA PUSAKA
Pemberian Hibah boleh digunakan sebagai satu instrumen dalam merancang harta pusaka. Berbeza dengan wasiat, aset hibah tidak dikategorikan sebagai pusaka selepas pemilik asalnya meninggal dunia. Ini bermakna pemberi Hibah boleh menentukan siapa penerima hibah dan pada kadar yang mereka fikirkan sesuai dan ini tidak melanggar Hukum Faraid.
Contohnya:
- Rumah dihibahkan kepada isteri dan anak perempuan dalam kadar sama rata
- Wang dalam akaun bank dihibahkan semuanya kepada anak angkat
- Manfaat takaful diberikan secara hibah kepada keluarga bukan islam seorang mualaf secara sama rata
PENJELASAN LANJUT HIBAH HARTANAH DAN HIBAH TAKAFUL
Antara jenis harta atau aset yang kita sering dengar dihibahkan adalah Hibah Hartanah dan Hibah Takaful. Oleh itu kami berpandangan bahawa topik ini perlu diperjelaskan dengan lebih mendalam seperti berikut:
HIBAH HARTANAH
Hibah hartanah yang selalu dirangka adalah dalam bentuk deklarasi. Ini bermakna dokumen hibah untuk pemberian harta dibuat oleh pemberi hibah kepada penerima hibah semasa masih hidup tetapi pindah milik iaitu pertukaran nama di dalam geran tanah hanya akan disempurnakan apabila pemberi hibah meninggal dunia.
HIBAH TAKAFUL
Apa pula Hibah Takaful? Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara pada 5 November 2014 telah mengeluarkan satu resolusi bahawa sijil takaful boleh dihibahkan. Ini bermaksud sebarang manfaat kematian atau hilang upaya kekal boleh diberi terus kepada penama sebagai benefisiari tanpa perlu melalui proses pengurusan harta pusaka. Lihat https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/05/55193/manfaat-takaful-dihibahkan-berbanding-faraid
MENGAPA PERTIMBANGKAN HIBAH TAKAFUL
Berbeza dengan aset hibah yang lain di mana sesuatu aset itu perlu dimiliki terlebih dahulu dengan harga yang agak tinggi contohnya pemilikan rumah, aset dalam bentuk Hibah Takaful lebih mampu dimiliki ramai orang.
Aset dalam bentuk Hibah Takaful juga mempunyai manfaat yang lebih fleksibel. Contoh penggunaanya adalah seperti di bawah:
- MENYAMBUNG PENDAPATAN PENCARI NAFKAH UTAMA KELUARGA
- Kehilangan mengejut pencari nafkah utama keluarga akan mengakibatkan waris kehilangan punca pendapatan untuk kelangsungan hidup contohnya perbelanjaan seharian, pendidikan anak-anak dan keperluan kesihatan
- BOLEH DIMILIKI DENGAN HARGA ATAU CARUMAN MENGIKUT KEMAMPUAN
- Dengan caruman berkala serendah 10% daripada pendapatan bulanan, anda mampu meninggalkan Hibah Takaful dengan jumlah berkali ganda untuk waris.
- DANA BOLEH DIPERUNTUKKAN UNTUK TUJUAN PENYELESAIAN HUTANG
- Sila lihat pautan https://wasiatdigital.com/wasiat-dalam-islam/ untuk memahami hukum berwasiat yang menjadi wajib jika seseorang ada tanggungan (hutang). Fahami juga yang waris anda bertanggung jawab untuk menyelesaikan hutang sebelum pembahagian harta pusaka kepada waris-waris dilakukan.
- PENERIMA ADALAH PEMILIK MUTLAK DENGAN PROSES YANG MUDAH
- Penerima manfaat Hibah Takaful adalah pemilik mutlak pemberian/ hadiah tersebut dengan proses yang mudah dan cepat tanpa perlu kos tambahan untuk perletakan hak seperimana yang perlu dengan Hibah Hartanah yang perlu kos tambahan dalam bentuk duti stem pejabat tanah dan yuran guaman.
- Hibah takaful juga boleh dikategorikan sebagai aset mudah cair, proses tuntutannya lebih mudah dan cepat. Ia boleh dibuat dalam tempoh secepat dua hingga empat minggu sahaja.
APAKAH HARTA YANG BOLEH DIHIBAHKAN
Harta yang boleh dihibahkan ada pelbagai dan bukan hanya Hibah Hartanah dan Hibah Takaful. Antara contoh-contoh lainnya adalah:
- Saham Amanah ASB
- Akaun Simpanan Bank
- Akaun Simpanan Tabung Haji
- Pemilikan Saham Syarikat
APAKAH HARTA YANG TIDAK BOLEH DIHIBAHKAN
- KWSP
- Harta yang akan susut nilai seperti kenderaan (depreciate)
- Harta yang tak berdaftar seperti barang kemas, jongkong emas, koleksi jam tangan berjenama
- Harta yang dilarang syarak
DISCLAIMER (PENAFIAN)
Artikel ini bertujuan memberikan pengetahuan asas untuk kita mengenali apa itu hibah, antara topik perancangan harta yang banyak diperbincangkan sekarang.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai WASIAT, HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
Sebarang pertanyaan lanjut sila WhatsApp 019-218 6132 atau email ruby.vantagepoint@gmail.com