DEFINISI HARTA SEPENCARIAN
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi oleh pasangan suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.
Baca penjelasan mengikut Seksyen 2 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) di pautanĀ https://www.malaysia.gov.my/portal/content/28827?language=my
Fahami juga topik Hibah Hartanah, antara instrumen Perancangan Harta Pusaka yang boleh dimeterai antara pasangan suami isteri di pautan https://wasiatdigital.com/hibah-hartanah-kan-dah-ada-wasiat/
BILAKAH BOLEH MEMBUAT PROSES TUNTUTAN
Proses tuntutan boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah dalam tiga keadaan iaitu:
1. TUNTUTAN SELEPAS PERCERAIAN. Mahkamah boleh memerintahkan pembahagian harta selepas membenarkan lafaz cerai atau perintah perceraian. Ini bermakna kuasa membicarakan kes tuntutan adalah di negeri di mana perceraian berlaku dan didaftarkan.
2. TUNTUTAN SEMASA PERKAHWINAN. Isteri boleh memohon perintah daripada mahkamah supaya diadakan terlebih dahulu pembahagian harta sebelum permohonan poligami disahkan.
3. TUNTUTAN SELEPAS KEMATIAN. Meskipun tiada peruntukan khusus yang membolehkan mahkamah membahagikan harta sepencarian selepas kematian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 18 April 2005 telah memutuskan seperti berikut:
a. Harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan di Negeri Selangor boleh dibahagikan kepada suami atau isteri sebelum difaraidkan selepas penyelesaian tanggungan.
b. Pembahagian harta tersebut hendaklah diberikan mengikut takat sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dari kedua-dua belah pihak.
c. Persetujuan pembahagian hendaklah dibuat melalui perintah mahkamah.
BAGAIMANAKAH MENENTUKAN BAHAGIAN SUAMI ATAU ISTERI DALAM PROSES TUNTUTAN
Bahagian pihak suami atau isteri akan ditentukan berdasarkan jumlah sumbangan mereka ke atas harta tersebut.
Sumbangan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumbangan secara langsung dan secara tidak langsung. Rujukan lanjut sila baca https://www.peguamsyarie.com.my/soalan-lazim-harta-sepencarian/
MASALAH HARTA SEPENCARIAN YANG SERING TERJADI
Sering berlaku keadaan di mana benefisiari si mati yang lainnya tidak bersetuju dengan tuntutan oleh pasangan suami atau isteri yang masih hidup.
BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN PERTIKAIAN
Untuk mengelakkan pertikaian keluarga, anda boleh mempertimbangkan penyediaan Perjanjian Harta Sepencarian iaitu salah satu instrumen Perancangan Harta Pusaka selain Wasiat dan Hibah.
KELEBIHAN MEMBUAT PERJANJIAN
1. Pembahagian Mengikut Persetujuan Bersama
Kedua-dua pihak suami dan isteri boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing.
2. Melindungi Hak Suami dan Isteri
Hak suami dan isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam perjanjian
3. Mempercepatkan Proses Pembahagian
Proses pembahagian adalah lebih cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah.
4. Menjimatkan Kos
Menjimatkan kos tanpa perlu ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak.
5. Tiada Pertelingkahan dan Pertikaian
Tiada pertelingkahan kerana perjanjian telah merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak.
6. Mudah dan Selesa
Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi. Perjanjian Dokumen Harta Sepencarian adalah mengikut kadar yang telah pihak suami dan isteri persetujui.
KESIMPULAN
Adalah lebih baik jika pasangan suami isteri berbincang tentang keperluan membuat Perjanjian Harta Sepencarian supaya mana-mana pihak tidak perlu membuat proses tuntutan di mahkamah yang akan mengambil masa dengan proses yang lebih rumit.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai WASIAT, HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
Sebarang pertanyaan lanjut sila WhatsApp 019-218 6132 atau email ruby.vantagepoint@gmail.com