PENGENALAN
Kemunculan Syarikat Insurans dan Takaful Digital atau singkatan nama rasminya DITO (Digital Insurers and Takaful Operators) diharap dapat membantu segmen pengguna yang sekarang ini kurang mendapat jangkauan perkhidmatan seperti segmen ekonomi gig, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta golongan milenium.
Segmen pengguna di atas biasanya bergelut untuk mencari pelan perubatan dan perlindungan nyawa yang setanding dengan faedah yang diperoleh pekerja sepenuh masa pada harga yang mereka mampu.
Baca maklumat lanjut tentang DITO di pautan https://rajadarrylloh.com/digital-insurers-and-takaful-operators-ditos/
DIGITAL INSURERS AND TAKAFUL OPERATORS (DITO)
APAKAH INSURANS DAN TAKAFUL DIGITAL
DITO adalah perniagaan yang menjalankan operasinya dengan menggunakan platform dan teknologi digital sepenuhnya (end-to-end), bermula daripada pengunderaitan (underwriting), penerimaan pelanggan (customer onboarding) kepada pemprosesan dan pembayaran tuntutan (claim).
TUJUAN INSURANS DAN TAKAFUL DIGITAL
Walaupun tujuan asal DITO adalah untuk menawarkan produk yang bersaiz ringkas dan mampu milik, kehadiran dan keupayaan mereka untuk menarik pasaran berkaitan yang luas akan lama kelamaan menjadikan mereka lebih kukuh dan mampu memberikan tawaran yang lebih komprehensif.
Rakan Kongsi Ernst & Young Consulting Sdn Bhd, Ravi Kittane berkata tujuan utama yang ingin dicapai oleh DITO adalah:
- Memberikan pelanggan pengalaman yang unggul (superior client experience)
- Pengunderaitan alternatif
- Meningkatkan ketepatan pemprofilan risiko (risk-profiling)
- Penambahbaikan keperluan produk (improve relevance of products), dan
- Menawarkan harga yang lebih berpatutan dengan terma pembayaran yang fleksibel
FAEDAH UTAMA INSURANS DAN TAKAFUL DIGITAL
Takaful digital menawarkan produk takaful yang lebih mampu milik. Sambutan kepada produk sebegini diharapkan dapat membantu merapatkan jurang pemilikan produk takaful antara segmen golongan atasan, tengah dan bawah.
Ianya boleh digunakan sebagai tambahan kepada perlindungan PERKESO untuk pekerja ekonomi gig, orang yang berkerja sendiri dan sebagainya.
Ia juga diharapkan dapat menangani masalah kewangan bilamana ketua keluarga mengalami musibah kemalangan, kesihatan atau meninggal dunia tanpa mendapat pampasan daripada perlindungan takaful hayat atau mempunya dana simpana yang kukuh.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai WASIAT, HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
Sebarang pertanyaan lanjut sila WhatsApp 019-218 6132 atau email ruby.vantagepoint@gmail.com