TIADA WASIAT DAN MATI BERHUTANG

PENGENALAN

Tiada wasiat dan mati berhutang. Adakah tanggungjawab penyelesaian hutang kita terhenti? Dan jika pusaka sudah dibahagikan, lepas tu baru tahu si mati ada hutang, apakah tanggungjawab waris menurut Islam?

TERTIB PENGURUSAN HARTA PUSAKA:

  1. Tiada wasiat
  2. Kematian berlaku
  3. Pembayaran hutang (dunia dan akhirat) si mati hendaklah didahulukan
  4. Pengagihan harta pusaka

BAGAIMANA JIKA HARTA PUSAKA DIBAHAGIKAN SEBELUM HUTANG DIBAYAR?

Bagaimana jika waris hanya mendapat tahu tentang keberhutangan si mati selepas semua harta pusaka sudah dibahagikan, apa yang perlu waris lakukan?

Menjadi tanggungjawab kepada waris untuk membayar hutang si mati mengikut kaedah pembahagian harta pusaka si mati kerana waris sudahpun menerima harta pusaka si mati.

Jika harta pusaka dibahagikan secara sama rata, maka setiap waris hendaklah membayar hutang si mati secara sama rata. Jika harta pusaka si mati dibahagikan secara faraid, maka waris hendaklah membayar hutang si mati mengikut bahagian faraid yang diterima oleh waris.

TANGGUNGJAWAB WARIS

Bila ada sesiapa yang tiada wasiat dan mati berhutang, janganlah waris terlalu awal membahagikan harta pusaka simati. Pastikan bahawa simati sudah bebas dari hutang sebelum harta pusaka diagihkan.

KAITAN WASIAT DENGAN PENYELESAIAN HUTANG

VIDEO: KEISTIMEWAAN BERWASIAT

KEWAJIBAN MENYELESAIKAN HUTANG

Bagaimana jika tanpa wasiat dan mati berhutang?

Namun begitu, sekiranya penghutang tidak mampu untuk membayar hutang disebabkan menanggung kesulitan dan sebagainya, pemiutang disarankan untuk melambatkan tempoh mengutip hutang tersebut dan adalah lebih baik bagi pemiutang untuk menghalalkan sahaja hutang tersebut.

Sila lihat https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2841-al-kafi-939-penghutang-tidak-mampu-untuk-melangsaikan-hutang

TABUNG AMANAH UNTUK MENYELESAIKAN HUTANG

Adalah malang jika seseorang tiada wasiat dan mati berhutang. Kerana dikhuatiri akan ada pertelingkahan keluarga tentang tanggungjawab siapakah untuk menyelesaikan hutang.

Sila lihat https://takafuldigital.com/solusi-amanah-dalam-perancangan-harta-pusaka/untuk beberapa kaedah penyediaan tabung amanah untuk menyelesaikan hutang.

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai WASIAT, HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN

Sebarang pertanyaan lanjut sila WhatsApp 019-218 6132 atau email ruby.vantagepoint@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top